Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Ketika ini...(selasa, 24/09/2013 , 1.45am)


Sesungguhnya di ketika ini....
diriku sangat gelisah
ingin ku teriak pada dunia
akan perjalanan hidupku

aku pelajari...
ujian itu datang dengan kekuatan yg Allah berikan....
namun.... mengapa aku masih berundur

Aku menyedari....
di saat aku sendiri....
aku tidak bersendirian
Allah itu sentiasa ada buat ku...
namun.... mengapa aku masih gelisah...

apakah jawapan di setiap apa yg aku rasai ini...?

"aku menjauhkan diri dengan Allah terlalu lama..."
"aku masih tidak khusyuk dalam ibadah ku..."
"aku masih tidak istiqamah dengan apa yg aku lakukan"

*ku harus pelajari.... di saat aku merasai aku sedang memiliki....
namun... sebenarnya... aku tiada...

sahabat.... doakan aku... di saat aku terlalu gelisah....
ingat kan aku... di saat aku terlalu lalai...
dekati aku.... ketika aku tidak mengenali diri ku sendiri...
nasihati aku jika aku tidak berada di landasan yang di redhai....
kerana aku sereng terlalai...


Betul Ke Bohong?




Benarkah..?
apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Benarkah..?
apabila seorang perempuan mengalirkan airmata,
itu bukan berrmakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan,
untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Benarkah..?
apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya,
tapi percayalah,itulah maknanya,
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

lihat saja pada pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
Benarkah..?
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda yang lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Benarkah..?
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tetapi dia terlalu sayangkan anda,
dan masih menganggap anda anak kecil,
yang masih perlu kan sepenuh perhatian.
kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi,
dia hanya mahu kan yang terbaik untuk anda.
Benarkah..?
apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian,
yang boleh buat perempuan rasa dihargai
Benarkah..?
apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya,
apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.
Benarkah..?
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya,
kerana dia mahu menguji kamu,
dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya,
walaupun sebenarnya memang kamulah yang tebaik di hatinya,
selagi dia dengan kamu,percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.
Benarkah..?
apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
tapi dia mahu lihat,
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya,
percayalah,hati perempuan sangat lembut,
andai kena dengan caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda, kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk membuatkan hidup anda lebih sempurna

Chomel-Andai Hatiku Bersuara with lyrics (original Rya Rahman)

SLIMMING SUIT

Salam semua....

hai.... hari raya dah berlalu.. maka... diet yg di jalankan ketika bulan ramadhan ini menemui kegagalan di bulan syawal... hehehe.... bukan sy je.. korang pun kan? kan?

maka terpanggil la sy untuk menggunakan SLIMMING SUIT.... (x cuba x tau kan???)




Antara kebaikan sut ini adalah
- Mengecilkan perut dan melangsingkan pinggang
- membakar lemak yang berlebihan
- menaikan dan mengencangkan payudara dan punggung.
- melancarkan peredaran darah dan metabolism
- mengurangi sakit punggung dan tulang belakang

FREE SIZE
 Material: COTTON
Sut pembentuk badan ini dibuat daripada bahan semulajadi yang anti kuman iaitu gentian arang buluh (bamboo charcoal). Sut ini juga kuat, elastik dan nyaman dipakai.

Sut pembentuk badan yang turut mengandungi sinar infra merah yang dapat melancarkan peredaran darah dan metabolism, membakar lemak-lemak berlebihan, membentuk lekuk tubuh yang indah dan memberikan keyakinan kepada pemakai untuk hidup lebih baik dan bersemangat.

Sut ini sebaiknya dipakai sejak awal pagi pada setiap hari kerana dengan memakai terus akan mencegah kegemukan dan mempertahankan tubuh yang indah dan sihat

- dijual di dalam kotak yang cantik dan sesuai dijadikan hadiah- warna: kelabu seperti di dalam gambar- untuk mencapai hasil yang lebih baik, pakai 8 jam sehari selama 2 bulan

CARA PEMAKAIAN 
* MULAKAN DARIPADA BAWAH SARUNG KE BADAN.
* PAKAI SELAMA 8 JAM SETIAP HARI UTK MENDAPATKAN KESAN YG CEPAT.
CARA CUCIAN 
Cucian tangan dengan sedikit sabun tanpa bahan pemutih atau mesin

Perah dengan lembut selepas di cuci dan biarkan kering di tempat sejuk/redup.

HARGA OFFER 1 pc : RM34.00
(07-5540812)
 (Harga tidak termasuk pos) RM6.00 
*nak tnyer atau apa sahaja boleh terus ke FB sy yer.....

selamat bertarung.... hehehe untuk sy dan anda... :)

Kisah Orang Yang Tidak Solat

Salam....

Hai semua..... mcm yang post sebelum ni... iza janji nak kongsikan beberapa tajuk menarik dari majalah AT-TAQWA kan? antaranya ialah "Hinanya Kalau Tidak Solat" sangat menarik dan boleh menjadi pengajaran dan ilmu buat kita....

 Di kisahkan ketika pada zaman Nabi Musa a.s, ada sepasang suami dan isteri yang sudah lama berkahwin dan mendirikan rumah tangga... Namun ia masih tidak dikurniakan zuriat. Lalu terdetik dihatinya  untuk bernazar.


 "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam"

Tidak lama itu., Allah telah mengabulkan permintaan lelaki itu dengan mengurniakan mereka anak.  Maka rungsinglah hati pemuda tersebut akan Nazarnya untuk meminum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan Nabi Muhammad. Jika umat Nabi Muhammad bernazar sesuatu perkara yang haram, maka tidak perlu di lakukan tapi di kenakan denda (dam) atau cukup lah sekadar bersedekah. Namun pada zaman Nabi Musa, siapa sahaja bernazar pada suatu perkara yang haram tetap melaksanakan Nazar tersebut.

Dengan susah hati pemuda tersebut bertemulah Nabi Musa dan mengadu masalahnya dan keriasauannya. Dengan itu Nabi Musa menenangkan hati pemuda itu dengan berkata untuk melaksanakan Nazar itu ia tidak perlulah  meminum air kencing anjing hitam tersebut. Lalu pemuda itu berasa riasau dan bertanya kepada Nabi Musa... bagaimana saya hendak menunuaikan Nazar saya?

"Lalu baginda memerintahkan pemuda itu pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat."

Dan dengan senang hati ia menjalankan perintah baginda itu.

Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sehingga air yang jatuh dari bumbung rumahnya adalah lebih hina daripada air kencing anjing hitam. itu baru bumbungnya..... apatah lagi air tanganya....

Sabda Rasullah s.a.w :  “Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain(Hadis riwayat Thabrani)

Oleh itu.. marilah kita bersama-sama menjaga solat kita... saya juga manusia biasa yang kadangkala leka dengan hal dunia..... saya juga mengingatkan diri saya begitu juga kamu semua....

"Hendaklah kamu mengerjakan solat dan bertaqwa kepada-Nya, dan Dialah Tuhan yang kepada-Nya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak )"

(Surah Al-An’am 72)


Indahnya  perkongsian ilmu itu….