Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Sejauh manakah perkahwinan menjanjikan bahagia.......

Sejauh manakah perkahwinan menjanjikan kebahagiaan…..?

Persoalan ni penah d ajukan oleh sahabat saya baru2 ni…. Kerana perasaan takutnya utk melalui hari tersebut…. Maka wujudlah persoalan ini…. Sejauhmanakah perkahwinan akan menjanjikan bahagia….???
ingin sangat aku mengajukan soalan ku kepadanya.. apakah perkara yang menjanjikan bahagia...? jika tanpa usaha dan keberanian?

Hahahahaha….. aku nak jawab pun x tau…. Sebab aku pun bukan dah kawen pun….. tapi…. Buat sahabat ku itu….. tulisan ini khas utk mu…..

Mis “A”….. dalam hidup kita….. tiada 1 pun mampu menjanjikan sesuatu yang seperti kita harapkan…… belajar setinggi langit… belum tentu menjanjikan kerjaya seperti setinggi langgit….. amal ibadah kita selama ni… belum tentu menjanjikan kita syurga….. org yg melakukan dosa2 belum tentu dijanjikan neraka….. begitu juga perkahwinan, bukan tiket untuk bahagia… bukan janji utuk bahagia….. namun kita masih d beri peluang dan ruang…

walaupun kita belajar setinggi langgit, namun tidak memiki kerjaya setinggi langgit tapi kita masih memiliki peluang dan ruang utk menjadi manusia yg berilmu… bukan kah itu kebahagiaan….? Sebab ilmu itu tidak datang bergolek ia perlukan sejuta kekuatan untuk dicapai….. dan x semua merasai kebahagiaan itu…..

amal ibadah kita tidak menjanjikan kita memiliki syurga.. jika itu semua tak mendapat keredhaannya…. Tapi… kita di beri peluang dan ruang menjadi manusia yang ikhlas dengan semua amal ibadah yg kita lakukan… inysaAllah….. allah maha mengetahui….. ada bahagia yg akan menanti…..

walau pun melakukan dosa itu amatlah d tegah….. namun kita hanya lah manusia biasa…. Yg dilahirkan untuk beramal dengan maha pencipta (Allah) dan diberi ujian untuk menilai baik dan buruknya… namun seberapa banyak dosa kita…..? ia juga bukan menjanjikan neraka buat kita….. kerana allah member kita peluang dan ruang utuk kita berubah untuk kita bertaubat….. inilah kebahagian yg terindah bila peluang dan ruang itu sentiasa terbentang luas buat kita….. hanya kita….. ingin merebut peluang itu….. atau hanya membiarkan ia berlalu…. Kebahagiaan tu ada…. Cuma kadang kala kita yg menjadi pembunuh kepada kebahagiaan itu….. fikir2kan….

Begitu juga perkahwinan….. ia bukan menjanjikan kebahagian…. Tapi jika kita menjaga peluang dan ruang yang Allah berikan pasti kebahagiaan itu akan kita rasai….. selagi kita mengetahui hak dan tanggungjawab antara kita dan pasangan kita….. mungkin ade sedikit rahsia2 dalam perkahwinan yang perlu kita ketahui…. Walaupun aku x la berapa tau….. ni semua atas beberapa yg aku research….

Mengekalkan perkahwinan….

MEMBINA dan mengekalkan sebuah perkahwinan bahagia bukannya boleh dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan waktu dan hendaklah disusuli dengan usaha.

1. Belajar berkomunikasi secara efektif

      Komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan atau perhubungan yang utuh dan sihat. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia. Jangan segera memberikan pandangan. Dengar sahaja apa yang ingin diperkatakan pasangan anda. Jika perlu meluahkan sesuatu, luahkan apa yang anda rasa secara positif dan jujur.

2. Luangkan masa bersama

      Andai diri tiada masalah untuk berkomunikasi dengan efektif, carilah masa untuk mewujudkan satu perbualan bermakna antara kamu berdua. Pastikan ia bebas daripada sebarang gangguan. Contohnya, untuk pastikan anda benar-benar berkomunikasi bersama pasangan, tutup dahulu televisyen yang ada di hadapan anda. Ataupun, ambil peluang berbual dalam suasana malam yang sunyi di rumah.

3. Pergaduhan secara adil

      Jangan mengharapkan diri sentiasa bersetuju dalam semua perkara. Paling penting dalam menyelesaikan konflik yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda, biarpun ketika itu sedang bertengkar. Biarkan suami/isteri tahu bahawa anda sedang menilai kata-katanya meski diri tidak bersetuju dengannya. Cuba elak mengkritik, mencemuh, mengenepikan atau menolak pasangan ataupun pandangan mereka. Jika diri berasa kecewa atau marah, tinggalkan perbualan itu dan sambung semula di masa yang lain.

Nota - Andai terasa diri mungkin akan mencederakan pasangan anda, segeralah berlalu dan biarkan dia bersendirian. Cuba dapatkan bantuan secepat mungkin.

4. Beri komitmen dalam perhubungan

      Pastikan anda sentiasa mengutamakan perhubungan atau rumah tangga dalam kehidupan anda. Sebuah perhubungan adalah satu usaha yang berterusan. Oleh itu, ia memerlukan perhatian dan usaha untuk berkembang. Tidak kira betapa sibuk pun diri anda, cuba luangkan masa berkualiti bersama walaupun terpaksa mengatur semula jadual dalam diari. Raikan pencapaian diri masing-masing secara bersama. Sekiranya dihimpit kesusahan, berilah sokongan dan galakan kepadanya.

5. Luahkan rasa penghargaan anda

      Ucapan terima kasih mungkin dilihat remeh, tetapi ia boleh membuatkan pasangan anda rasa dirinya istimewa dan dihargai. Walaupun mungkin dia tahu bahawa kita mengambil berat mengenai dirinya, ia tidak menyakitkan untuk mengucapkan terima kasih biarpun untuk kerja yang dilakukan setiap hari seperti memasak, menidurkan anak atau membuang sampah. Kekalkan gurauan dalam kehidupan seharian. Selalulah ketawa bersama pasangan. Kekalkan gurauan boleh melegakan tekanan dan tegangan. Malah, ia dapat membantu anda melalui saat-saat sukar bersama.

6. Belajar bertolak ansur

      Bertolak ansur amat penting dalam apa juga perhubungan, terutamanya perkahwinan. Jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu, bincanglah dalam keadaan yang tenang. Biarkan masing-masing menjelaskan pandangannya dan cari jalan penyelesaian setelah mengambil kira pandangan kedua-dua pihak.

7. Saling memaafkan

      Dalam perkahwinan, ada ketikanya pasangan melakukan kesilapan atau berkata sesuatu yang melukakan hati, tidak kira ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Saat itu, tidak salah untuk anda berasa marah. Tetapi, biarkanlah kemarahan itu berlalu. Sebenarnya, jika berterusan memikirkan tentang kekecewaan tersebut, sukar untuk anda membina perhubungan yang penuh dengan kasih sayang.

8. Kekalkan kemesraan

      Perhubungan selalunya romantik pada tempoh permulaan. Tetapi, apabila masa berlalu dan pasangan beralih perhatian dengan perkara lain seperti kerja, anak-anak, bil dan rumah - akhirnya mereka akan mengambil sambil lewa tentang diri masing-masing.Buatlah pasangan anda rasa istimewa, lakukan sesuatu yang romantik walaupun hanya satu perkara yang kecil.

Contohnya, bawakan sarapan pagi di katil, sesekali keluar makan malam, berjalan di pantai atau berkelah.

9. Cuba cari masa untuk diri sendiri

      Memang normal untuk pasangan mempunyai hobi, minat dan kawan yang berbeza. Biarpun, hakikatnya menghabiskan masa berkualiti bersama itu penting, sesekali anda juga perlukan masa untuk bersendirian atau bersantai bersama teman-teman. Dengan mencari masa untuk diri sendiri, anda sebenarnya akan lebih menghargai diri pasangan anda.

Akhir sekali, andai telah mencuba pelbagai cara tetapi masih mengalami kesukaran dengan perkahwinan atau perhubungan, cubalah dapatkan bantuan, tidak kira melalui terapi, kaunseling perkahwinan ataupun meminta pandangan daripada kawan-kawan yang mampu membantu.

• Ha mcm ne? dah leh terima ke? Harap2 bagi sesiapa dan rakan saya yg menghadapi masalah berwas2 ini…. Dapat menjawab semua persoalan…. Tiada jawapan untuk menjanjikan kebahagian kita… bukan dalam perkahwinan tetapi dalam segala hal….

• So pas ni kita leh kawen….. kahkahkahkah…. Aku pun x tau la. Ni cme dari pa yg aku rase…. Dan sebenarnyer aku jugak takut nak melaluinya….. hehehehe

• Slamat beramal…… kekekeke

Derma Darah


Mcm2 jadi hari ni…. hari ni 1-12-2010…. Menjadi sejarah pd diri aku yang tak pernah terpikir nak pg derma darah…. Bukan la x nak derma… tapi penyakit yg x leh bau ubat ngan darah meneybabkan niat hati ni memang langsung x pikir nak derma…. Tapi mcm mane leh terpikir nak derma…. Semua kita balik pada niat kita…. Memang benar….. setiap apa yg kita buat… bila kita berniat….. walaupun takut… x suka… atau ape je…. Bila niat kita ada… selagi niat itu baik… insyaAllah allah permudahkan…..

Dulu…. Bukan x penah nak cube derma….. kat kempen2 yg ade kat plaza….. memang nak derma…. Tapi tengok darah2 org lain yg derma tergantung kat kanan kiri kita.. huhu niat tu terkubur begitu je…… aku balik je dari kempen tu….. hehehehe walaupun niat ada…. Sehinggalah baru2 ni… aku bukan pasang niat… tapi pasang Nazar terus….. aku nak ke…. X nak ke….. kne pg gak….. hehehehe (tertelan air liur bila niat mcm ni) mcm2 yg d pikir…. Sampai bawak2 mimpi…. Kkekekeke… punye la takut… yg x leh tahan…. Ade lak mitos2 kate…. Kite gemuk bila lepas derma darah…… haiseeeyyy x sanggup nak gemok woooo… hehehehe

So bulatkan hati… teruskan niat……. Bg la tau niat ni pada kawan2 baik aku yg aku dah nekad nak g derma darah ( Nurul, Zara, Suhaimi) …..tiba pada hari yg d nanti dan rancang…… akhirnya….. kui 12 pg pegi Hospital Sultanah Engku Tun Aminah pg derma darah……. Hati ni tuhan je tau….. bukan takut sakit… tapi takut muntah2 tengok darah atau bau ubat pekong2…. Tapi yg pelik…. Semuanya d permudahkan…. X de sikit pun bau ubat…. Dan x nampak pun darah org lain….. (nurse ni mcm tau2 je…) hehehehe…. Masuk je tempat derma darah… hati dah berdeba2… dubdap dupdap…..

Nurul : iza ko takut ea…..

Eliza : tak la….. aku ok je… (dalam hati…. Hahahahahaha tuhan aje tau)

Isi borang….. tibe2 nurul pun isi boring… ingat dia nak tolong isi kan tok aku…. Alahai….. baiknyer…..

Nurul: iza ko tunggu pe lagi…. Isi la borang…..

Eliza: alahaii…. Ku sangka kan tolong isi kan tuk aku…. Tapi lebih dari tu.. siap nak teman derma darah…… huhuhu….

Pastu kitaorg pujuk2 la suhaimi….. suhaimi… derma la darah….. derma la….. (derma leh pakse2 ke???) hehe

Suhaimi : x nak la aku…. Hehe

(takut la tu…. Buaeeeaaaakkkk)

Tapi biasala… bila dia Nampak kami mcm syok je nak derma darah isi borang….. tibe2 dia berubah hati….. nak derma gak… katanya mcm best je derma darah ni….. hahahahaha best ke??????? Tp dia ikhlas nk derma bukan terpakse…..

Secara x langsung… sebenarnyer aku memang dah lupa perasaan takut ni…. ;) hanya kerana berniat….. kawan ku juga ikut berniat sama….. ;)

Nurul org pertama yg d panggil nama…. Amik darah nak tau group ape…… kne plak nurse lelaki…… yg ngah prektikal….. kekekeke gigil dak tu amik darah…… (org yg nak kene amik darah lagi la gigil) nurse ni wat suspen je….. dan giliran aku tiba… dapat dokter yg amik darah…. Suhaimi pulak nurse lelaki tu… 2 kali amik x kuar darah… (hati nyirap je kan…… sebab hati bertambah deba2)

Pastu….. saat menderma kami bertiga pun bermula….. hehehehe hpy sngt sbb kawan2 ade depan mate….. nurse kat situ memang la kelakar… dia mcm tau je mke kami ni stress…..hahaha siap bagi2 nasihat lak….. aku ni nak la sngt dok sebelah nurul.. leh sembang2 sementara nak lupakan darah yg nak mengalir ni…. Nurse tu kate x leh…. Dok depan mengadap nurul je boleh… siap sindey2 lagi… tapi sindey nyer bernada gurau…. Hati pun senang… nurul dapat bola warna merah… kate leh genggam…. Mudah sikit darah nak kuar….. aku pun dok tngk kan….. datang nurse lain…. Dia kate…… “ nak sngt same2 ngan kawan kan… sy bagi awk same bola je ngan kawan awak yer….” (buaeaakkkkk ;P….. sindeyy yer kamu…..)

Kami bertiga relax je… sebab x rase ape pun… zara sebagai pemerhati kawasan…. Hehehehe sengeh2….. zara bukan x nak derma…. Tapi dia x berapa sehat….. kesihatan dia x mengizinkan.. sebab dia pun x cukup darah…… “relax zara….. darah kita same… darah B… so aku leh bagi darah aku…… kat ko….” Yg membuatkan terharu…. Darah zara,nurul dan aku same……. Cume suhaimi agak melencong sikit…dia darah A…..

Pas habis je derma darah…. Kita org pun makan…… nyum22…. Sedap lak makanan kat sini…. Ok la….. xla kate best sngt pun….. tp ok la…. Tapi x rase ape….. pening pun x… muntah pun x….. mual2 pun x…. ok je.. so….. langkah semakin rancak la gitu….. kami kuar g jalan2….. g City Square (CS) ….. jalan2…. 2 jam lepas derma… time kat CS….. otak kami pun mule berpusing2…. Jalan langgar2….. ingat nak lepak MPH….. mate kabur je… huhu ingat kami ni dah cukup terer x de rase ape kuar darah….. rupe nya lambat rase…… tapi kami ok je.. masih g jalan2….

Mke semua dah mcm tempoyak nak senyum pun x larat……

Kami bertiga dah mula rase pening2…. So nak balik la rase.. nak rehat……

Suhaimi : tu la……… gatal nak derma darah….. kan… amik kooo

Hahahahahahahahaha…………..


Cakap kami mula x betul….. cakap merepek2….. dan ade d antara kami kate….. mcm nak g hospital balik mintak darah… sebab mcm bnyk mesin2 kami yg tetibe x berfungsi….. lupe2…. Ade ke jenerater kate projecter…. Pastu keje makan je…… lapa memanjang.. sebab baru derma darah… alasannya… ni semua punca hilang darah la ni… (korang jgn caye lak…. Ni semua ngengade je….. hehe)

Sebenarnyer Bila melihat darah kami tu…… rasa insaf tu datang…..sayu hati… mcm nak derma selalu… sebab kuantiti darah memang x mencukupi…. Tapi sngt memerlukan…..korang bayangkan…. Kalau ade yg sngt2 memerlukan tapi bekalan darah x de…. Rasa mcm berdosa je…. Darah kita ni hak milik allah yg allah bagi pinjam pada kita…. So baik kita berkongsi2….. bagi sape yg x penah derma… pg la derma…. Nanti korang akan faham apa yg aku kate ni….. sayu hati….. waktu tengah derma dgr dokter bersembang…. Dia mcm peningla….. sebab ramai yg nak darah tapi bekalan darah semakin berkurang…. Siap ada hospital2 lain tanyer ada x darah….. sebab ade yg kritikal nak darah…. Tapi….. hospital ni pun kne pikir pesakit dia pun banyak memerlukan….. susahkan….. korang sekali korang derma….. korang akan paham berapa nikmatnya kita ni berkongsi2 nikmat allah ni… dan kami klu boleh nak derma setiap bulan…. Tapi mustahilkan… jadi apa kata korang same2 derma…..


Hati ku.....



Wahai Hati Tatkalau Kau Sendirian,
ada yang hadir memujukmu...

Wahai Jantung Hati Ku Tatkala Kau Bersedihan,
Ada yang Datang Mengembirakanmu..

Wahai Penawar Hati Tatkala Kau Kegelisahan,
Ada yang Rapat Menenangkanmu....

Wahai Permata Hatiku Tatkala Kau Kekesalan,
Ada Yang Berlari Mendakapmu...

Wahai Pemburu Hatiku Tatkala Kau Kesamaran,
Ada yang Menyinari Mencerahkan..

Wahai Hati Yang Bercinta Teruskanlah Menagis,
Kerana Dalam Tangisan Ada
Yang Manis Jadi Senyuman...

Wahai Pemilik Hati Ya Allah.....
Aku hanya insan Biasa MencintaiMu,
Suburkanlah, Siramilah, Balutilah,
Selimutilah, Hati ini......

Bila Nyawa Kita Bergantung Kepada Doa org Lain...


Bismillahirrahmanirrahim.....

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.





Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Nota: ‘Saya’  yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah penulis artikel, bukan Eliza Muslim.
Sumber artikel ini dari: Email (tidak pasti kesahihan artikel ini tapi besar pengajaran yang boleh diambil...).

Fikir-Fikirkan.... Dan Renung2 kan.....

Wallahualam.....

Andainya.....kau tahu.....





Andainya dpt kau m'dgrkan
Jeritan di hatiku menyanyikan lagu rindu
Psti kau mampu mentafsirkan
Setiap kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
impian kasih yang terbina
Sekian lama di ruang hatiku
Hanyalah pada mu....
Bukanlah sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Hanya bimbang diri x dterima
Terlalu Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga kecewa dibuai angan
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai lafaz akad

Apakah akan engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukan sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dpt kau m'dgr
Suara hatiku melagukan rindu
Pasti kau bisa mentafsirkan
Setiap kata-kata yang terungkap
Pasti kau dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di ruang hatiku

Hanyalah Namamu

Selamanya..

Eliza Muslim....