Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Aktiviti Hujung Minggu

hai!!... assalamualaikum.... rase dah lama x catat sesuatu kat blog ni.... hri ni memang x berapa nak bz... wpun ade sikit je bz.... :)  dah balik awl ni... jd rase rindu nak masak mknan kegemaran.... :)

berjaya pun nak masak kari ayam telur n roti jala... mudahjekan... (senang je nak jaga sy) ari2 makan roti jala ngan kari dah blh bt sy sngt bahagia.... heee....


ni la hasilnyer..... kenyangnyer..... :)

p/s : walau sebuk mcm mne pun.. sekurang2nyer 1 minggu sekali kita mesti buat sesuatu yg kita suka...
       (terapi stress)

Perasaan Sye Ble Org Salah Marah

Haiiii!.... x tau nak cite pe..... hehehehe biase la sentiasa x tau nak cite ape..... erm.... ade la beberapa nak tanyer atau nak kongsi2 ngan korang..... korang penah x kne marah....?????? biasalakan..... iza pun kne marah.... dan pnh juga marah..... biasa la kita ni kan manusia ada perasaan marahhh... suke... sayang.... tapi biarla berpada2.... kne marah tu normal la kan.... tapi yg x normal tu ble kita kne marah bukan sbb salah kita.... hohoho....!!!!!!! aku pun jadi nak marah kannnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!..... ingat apa.... aku ni tembok!! yg dimarah, di tumbuk... diam je..... tapi nasib la kan... sy ni bukan la tembok.... yg blh duduk berdiam.....

Dia : Elizaaaaaa!!!!!! sini!!!.... Blablabla................................ (satu alam dgr dia panggil sy... bebel2... malu                        
        koootttt sy...)


sye : erkkk... bkn sy yg buatttt.... tp org lain yg buat (org bawahan dia yg buat....) .



Dia : korang ni...... blablablablablabla......... (apahal pulak guna pekataan "korang" sy x salah pun)


Natijahnyer..... klu nak marah.... tanyer la dulu.... jgn main pakai sembur je.... sampai bila sikap nak memalukan org lain ni??? ingat la.... yg kami bukan budak darjah 1 nak d herdik dpn org ramai.... sngt la x bermoral tegur org mcm tu.....

Mungkin org akan salah paham apa yg sy tulis.... dan mungkin juga ada org nak sampai menyampai.... tapi ni yg sngt tependam d hati ni.... sbb dri awl sy masuk... dia x penah berubah... pilih kasih... memalukan org.... sy juga manusiaaa......

selalu menceritakan prinsip diri dia pada org.... "yg diri dia x boleh cakap ulang2.... sekali sabar..... naik 3 kali x boleh nak sabar dah...." jadi..... kalau org yg macam saya... kne marah... tapi memang bukan salah saya... patut x sy marah awk????? x kan????? sbb sy cuma org bawahan...... tapi ingat..... sy sedar demata dunia sy bukan segarisan dgn awk...tapi saya sedar juga d akhirat nanti... bukan pangkat dan darjat kita yg ditimbang...

sukar ke nak menegur cara yg berkhemah....? sy x perlukan layanan yg baik dri awk.... sy x perlukan ucapan maaf atau terima kasih dri awk.... tp cukup la.... jgn menjerit panggil nama sy d depan org ramai.... sbb sy tak suka nak malukan awk dpn org ramai.... jdi plzzzzzz..... tolong la jgn jdikan sy kurang hajar dgn awk..... sy sngt hormati awk.... sbb wpun awk sukar utk mengajar sy..... masih ada ilmu awk yg sy gunakan.... x molek jika sy biadap dengan org yg secara tak sengaja memberi ilmu pd sy.....

sy mintak maaf... sy tau tulisan sy kasar, biadap.... sy mintak maaf.... sy juga manusia..... ade perasaan kecewa sedeh marah hampa.... dan itu semua perasaan sy utk awk.....

 mari kita fikir2kan.... : http://elizamuslim.blogspot.com/2012/06/nak-tau-perasaan-marah-itu-dri-mana.html


Nak Tau Perasaan MARAH Itu Dri Mana....?????





Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair “Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata “Barangkali” dan “Kalau”.

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”. Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : ” Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman ” Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim” Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia ” tuan” kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Amat penting mengawal kemarahaan supaya kita tidak cepat hilang pertimbangan yang bakal menyebabkan kesan yang lebih buruk.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum ia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram,  maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar. Itulah senjata orang-orang mukmin.



Disediakan oleh :http://www.mpkbbri.gov.my

 Letihnyer hri ni... Bukan kerana penat bekerja.. tp... letih menahan sakit kepala... loya dan mual.... nasib la ada kawan mcm Linda lupa pasal pening.... hee... nak sangat taip sesuatu pd blog usang ni... tapi ape yer??? 

perasaan sayu sedih...+++ bahagia... :)  Ermm... 

"Sedar x, ada masanye kita perlu menangis supaye kite sedar bahawa hidup ni bukan sekadar utk ketawa...Adakalanya kite perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahal setitis air mata dan mengahargai apa yang kita miliki..."

Kalau di fikir kan masalah.... xtdo 1 mlm bangun balik pun x selesai2 jugak.... Jd belajar lah berfikir menyelesaikan mslh.... semua org ade masalah... klu hdp ni senang je.... jd x la kita nak menghargaikan... (ni semua ayat buku...) hakikatnyer ya allah peritnya sy nak melalui masalah ni.... HAmmboiiii Mcm Masalah negara Kan.... heee... Klu Mslh Negara lagi la sy pening.... huh... semua politik belaka..... 

Tersenyum la syg.... wpun hati gundah gulana.... :) wpun air mata ni bertakung menunggu saat menitiskan air mata..... 


Cinta lagi... Lagi2 Cinta.... ;)


 
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, 

penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. 

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah 

mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu  kepadanya. 

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti  bagimu. Hanya untuk 

menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. 

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. 

Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Hati-hati dengan cinta, 

kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, 

orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya 

itu disambut oleh para pecinta palsu.  Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai 

tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan 

kebaikan di dalamnya. 

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah 

dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana 

cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat 

ditilik melalui hati dan perasaan.

 Inilah dasyatnya cinta ! Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu 

cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu 

inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu 

temukan di dalam dirinya. 

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. 

namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia 

pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

 Cinta bukanlah kata murah dan lumrah 

dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang 

indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. 

Bercinta memang mudah. Untuk 

dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai 

itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, 

lebih baik cinta itu tak pernah hadir. 

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita 

hilang kewarasan fikiran. 

Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. 

Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. 

Apa pun cinta itu buta. Anyamlah 

buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. 

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa 

yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.