Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Biar Aku Menjadi Matahari mu....


Biar Aku Menjadi Matahari Mu.....


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

Hati Yang Rapuh..

Di hati.... ku lakarkan sebuah harapan dan impian
Yang aku namakan angan-angan 
Apabila kutentukan arah dan tujuan itu
Dengan rela kuhadapi cabaran

Namun jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakian dan mengaburkan angan-angan
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi angan-angan yang di impikan

Aku harapankan harapan selembut impian
Yang menjadi peneman dikala lena yang panjang..
Namun kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh segala kenyataan


Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

syukurnya....

Hari ni… banyak mengajar erti hidup yang sebenar…. Kadang-kadang… kita merasakan kita lah diantara yang paling lemah… rupanya masih ada yang lemah.. dan kadangkala kita merasakan diri kita kecewa… namun… masih ramai yang berdepan dengan perasaan kecewa…. Rupanya aku masih berada dikalangan insan yang bernasib baik….andainya aku seperti dia? Apakah yang akan aku lakukan…. Andainya aku melalui saat-saat genting seperti dia…. Apakah termampu aku tempuhi….. ya allah………. Besar sungguh nikmatmu….. disaat aku merasai kelukaan… kau tunjuk’n aku insan yang lebih terluka dari ku…. Untuk aku sentiasa bersyukur dengan nikmat mu…. Kini… aku semakin tabah…

Tulang Rusuk Yang Patah



"Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?" tanya Dara.
"Sudah pasti kamu !" balas Jejaka.
"Pada pandangan kamu,aku ini siapa?" tanya Dara lagi..

 

Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap dara dengan tenang dan berkata, "Kamu adalah tulang rusukku ! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adamdan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit dihati".


Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukkan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi bosan. Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Suatu hati, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, "Kamu tak cintakan aku lagi!"

Jejaka sangat membenci ketidakwarasan Dara dan secara spontan membalas, "Aku juga menyesal bernikah dengan kamu! Ternyata kamu bukan tulang rusukku!"

Dara terkedu, berdiri kaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tidak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang telah diucapnya. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin dapat ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarlah kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu...

Jejaka tidak bernikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah bernikah dengan seseorang, tetapi jodohnya tidak panjang jua. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tidak pernah diberi kesempatan untukkembali. Dara tidakpernah menunggunya..

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya.Tetapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

"Kamu apa khabar?" tanya Jejaka.

"Baik-baik saja. Hmm, adakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?" tanya Dara spontan.

"Belum.." jawab Jejaka sepatah.

"Aku akan keluar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi," beritahu Dara.

"Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan,tak akan ada yang berubah,"kata Jejaka.

Dara tersenyum, kemudian berlalu.

Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal.

 


Malam itu, sekali lagi..ketika Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasa sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan...



























Kebahagian Dalam Perpisahan


Tak Perlu Ucapkan Sepatah Kata
Kerna Lantang Terbaca Dari Muka
Kau Dan Daku Sudah Tiada
Keserasian Di Jiwa
Mungkin Manisnya SUdah Hilang


Tak Perlu Kita Mencuba Lagi
Betulkan Kesilapan Perhubungan Ini
Bila Setiap Perbincangan
Menjadi Perbalahan
Manakah Agaknya Cinta Pasti


Embun Pun Takkan Mampu Menyubur Sekuntum
Bunga Yg Layu Pada Musim Luruh
Yang Dulunya Mekar Disinar Suria
Bila Sudah Kering Pasti Akan Gugur

Seperti Cinta Kita Yg Jelas Ternyata
Semakin Lama Oh Semakin Rekah
Menimbulkan Tanya, Apa Mungkin Kita
Temu Kebahagian Dalam Perpisahan


Usah Titis Air Mata Kau Tangiskan
Ku dah Cukup Menampung Selautan
Begitu Lama Ku Pendam
Tapi Hanya Berdiam
Kerana Cuba Menafi Raliti