Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Kucing Pengubat Luka.....

dah lama x  tulis sesuatu kat blog ni..... semenjak sebuk..... blog ni pun tetibe jadi sunyi....... erm..... beberapa bulan yg lepas..... rase sedih sngt sebab kehilangan kucing yg sngt2 comei dan d sayangi..... dia buat semua umah suke kat dia...... kucing ni klu dia nakal sikit mula la semua bagi perhatian kat dia...... tapi pelik kan.... pada mereka yang x ske dengan kucing...... kadang2 sanggup tendang kucing tu..... dan paling sakit ati bila dia ada kucing dan kurung kucing tu d sangkar sampai mati x bagi makan...... hisshhhhh goram den..... macam terjadi pada kucing yg mati kat umh aku.... mati sebab sakit dan jiran aku tu x bagi makan kot.... sebelum dia mati kat umah aku...... badan dia datang kotor sngt...... dan kurus...... sampai hati.....

ni gambar kucing ni masih sihat.......

ni pulak gambar beberapa jam sebelum dia mati........ hurmmm

aduaiiii... sodeh den tengok....... tapi..... x lama lepas tu.... dan beberapa hari sebelum tulis blog ni.... ada la hamba allah berhati mulia bagi kucing..... aduaiiiii comeiinyerrr...... sangat comeiiii... anak kucing bukan 1 tapi 2.. kekekekeke kucing ni la yg membuatkan hati ni hpy sngt..... hpy tngk teletah dia..... lari sana lari sini...... depa ni kembar mula2 susah nak bezakan..... tapi semenjak dah beberapa ari tinggal kat umah ni.... ade beza antara dia ni.... keke.... mata dia sebelah biru sebelah kelabu..... "cacat ruqpenyerrr" hahahahahaha......

ni la dia kucing skang...... comeikan.......

makan pun x cerewet..... nasi putih ngan kicap pun leh makan....... senang nak jaga

kucing ni la jadi pengubat stress dan penat bila balik dari keja...... tapi biasa la.... nama pun kucing.... ske berak sepah2....... wpun penat balik keje nak kemas berak dia...... tapi tetap sabar nak jaga dia...... baru2 ni bli sangkar tok dia...... bila letak kat dalam...... aduaiii sedehnyerr..... dia nampak x selesa nak berlari2... so skang sangka tu x pakai punnn...... dan dia mcm tau2 je knp kne dok kat sangka...... dah 2 ari dia x berak sepah2 lagi..... kira ade perubahan la kot....... hehehehe tapi wpun nakal mcm ne pun...... aku tetap akan jaga........ sangat sayang kamu........ 

ni la teletah dia waktu baru je sampai umah ni.........


ini la jawapan kepada adik aku...... dia pelik kenapa pokok dia patah riuk..... kekekeke ni la jawpan bagi segala persoalan2 itu........ aku sanggup bersubahat dgn kucing yg comei nii..... hehehehehe bila dia tengok gambar yg bawah ni..... msti adik aku akan cari aku pas ni...... hahahahaha sebab gambar bawah ni lagi menyakitkan hati dia...... ;)

"nak buat ape eakk........."

"jengg....jengggg...jenggggggggg......!! setelah lama dia tengok pokok ni..... dia pun dah amik keputusan nak patah2kan pokok tu..... heheheheh dan aku cme mampu ketawa sambil amik gambar....... sori dikkkk!!!" hahahahahahahahahahaha...........

x Tau Tajuk Ape.....


CINTA yang SETIA...

Adalah ketika kamu menagis kerananya....
dan MASIH peduli terhadapnya..

Adalah ketika dia tidak pernah mempedulikanmu
dan Masih menunggunya dengan setia..

Adalah ketika dia sedang mencintai orang lain
dan kamu MASIH mampu tersenyum dan berkata
‘Aku turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak seperti apa yang kamu harapkan…
BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI ..

Ingatlah…
bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya..
tapi..
ketika cinta itu mati..
kamu TIDAK perlu mati bersamanya…

Orang yang terkuat BUKANLAH mereka yang selalu menang..
KECUALI mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh

Cinta Kita



Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku

Chorus

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkan mu
Dan ku mohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Repeat chorus

Meski ku memohon meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku ~~~~

Cinta Ohhhhh.... Cinta......





Cinta Ohhhhh..... Cinta.......

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan 1001 alasan kepada kamu untuk dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu seorang.

2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya selagi kamu belum diijab kabulkan.

3. Orang yang mencintai kamu akan menerima kamu seadanya, dimatanya kamu adalah seorang yang sepurna walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah atau terlalu kurus.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini dan dia ingin tahu apa yang kamu sedang lakukan sekarang.

5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengirimkan SMS seperti ‘Good Morning’, ‘Good Night’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah cara dia ingin menyatakan cintanya, even bukan menggunakan kata-kata romantis atau “I Love You".

6. Jika hari ini hari lahirmu, dia akan telefon kamu untuk mengucapkan "happy birthday" atau mengirim SMS, si dia ingin menunjukan bahawa dia tidak pernah lupa bg tarikh penting kamu.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa, kerana saat itu ah sesuatu yang berharga bagi dia. Dan disaat itulah, titisan air mata si dia akan jatuh kerana bersama dengan kamu pasti tidak akan berlaku lagi.

8. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kata-kata yang telah kamu ucapkan, walaupun kamu sendiri telah lupa apa yang telah kamu ucapkan kepada si dia. Kerana setiap kata-kata kamu adalah azimat dan semangat bagi dia.

Walaupun terdapat pelbagai harapan dan semangat telah kamu bagi kepadanya lalu si dia telah simpan didalam hatinya, tetapi akhirnya kamu telah musnahkanya. Pasti kamu lupakan?? Tetapi orang mencintai kamu tidak penah lupa dalam ingatannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - Apa yang kamu suka, itu jugalah yang dia suka walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya mungkin dia berjaya melakukannya.

10. Kalau kamu mengatakan bahawa kamu kurang sihat, dia akan sentiasa telefon atau menghantar SMS untuk bertanyakan keadaan kamu, kerana dia bimbang terhadap diri kamu.

11. Jika kamu akan menjalani peperiksaan / meeting untuk mendapatkan tender / sesuatu yang kamu ingin raih sebagai satu kejayaan, dia pasti akan peka pada tarikh-tarikh penting kamu, dan apabila tiba pada hari tersebut, dia pasti akan memberikan semangat dan mengucapkan semoga kamu berjaya.

12. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

13. Jika suatu hari kamu terpaksa berjauhan dengannya, dia akan sentiasa berpesan kepada kamu agar kamu menjaga diri atau berjaga-jaga dengan segala kemungkinan, ini menunjukan bahawa si dia sangat risau terhadap diri kamu, dan jauh disudut hatinya untuk berjauhan dengan kamu.

14. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti telefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu si dia sedang memikirkan kamu.

15. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

16. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu untuk meluahkan masalah sekiranya kamu menghadapinya walaupun jauh disudut hati dia ingin tahu apakah masalah kamu, tetapi dia akan tetap bersabar sehingga kamu bersedia untuk menceritakan kepadanya.

Salam Maal Hijrah....


Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat..
Semoga tahun baru hijrah ni akan membawa sinar baru
dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah..

Ya Allah..
Kami memohon pertolonganMu
Dari hasutan syaitan-syaitan yang terlaknat
serta kuncu-kuncunya yang sentiasa berusaha
memesongkan hati-hati kami dari mengingatiMu..


Janganlah kiranya engkau pesongkan hati kami
setelah Engkau berikan petunjuk..
Kami memohon pertolonganMu
untuk melawan desakan hawa nafsu kami
agar hati-hati kami sentiasa basah mengingatiMu
dan anggota-anggota kami ringan

untuk mengerjakan perintahMu..
Kami memohon pertolonganMu..
Agar kami sentiasa terdorong
Untuk melakukan amal soleh
dan membenci perkara yang mungkar..

SesungguhNya Hanya Engkau
Pengampun dosa-dosa yang besar
Hanya Engkau
Tuhan yang layak kami meminta pertolongan..
Innaka ni'mal maula wa ni'mannasiir..

SALAM MAAL HIJRAH 1432