Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Nak Kongsi REsEpi MeE KaRi....



Utk Start BerBloGGing SemULa.... huhu Nak KongSi Resepi MeE kaRi.... (KiTa KoNGsI2 yG IndAh2 DuLu Eak) MkAn AdAlAh PeRkArA YaNG SnGt INdah..... hehehehe   LeH wAt Ni PuN paSai RaYe KawAn Nak Dtg Umah... KonON2 MeNgidAm MeE KaRi..... DaH ponek DeN BelAjo.... HabOk Dia X dTg.... TaPi Yg PAsti HabIS... "W'Pun dIa X dTg" ;) JoM2....




CaRe NaK WaT KuAh DulU Eak.... MulE2..... 

    Bahan Yg DI PeRLukAn...... :

ü  serbuk kari daging bancuh dengan sedikit air / santan (Iza BiAse BanCuh Dgn SantaN)
ü  Santan
    ü  sardin kecil hancur2kan sikit dgn kuah dia sekali 
        (JgN PeLIk.... CUbe LU bRU tAu)
 ü  ayam dipotong kecil-kecil 
       (LagI BnyK LagI SeDap.... Tapi KLu BnyK KoRang PKiR SnDri... 
        NAk WaT AyAm KAri KE MEe KaRi... HUhuHu)
ü  Daun kari, SeRai, Daun KunYit, DaUn SaLam (Agak2 Laa Nak GuNe BapE BnyK .. Daun Ni PnAik Bau KAri BKn SayuR Wat Ulam.... ;)  )
ü  Bunga cengkih & kayu manis 
ü  bawang besar, bawang merah, bawang putih – dikisar 
ü  isi kerang (lG Bnyk Lgi Sdap... Tapi Agak2 La kAn....)
ü  Fish ball & fish cake dihiris mengikut citarasa (Bnyk ikut Ske la.. Yng Pnting KoraNg Habis Nak Mkn..)
ü     Asam keping / asam gelugur
ü  LaDa KerinG DiKisAr (X Mau LaDa BoH YaNg Dah SiaP KaT PSr Tu..Sgala KecacAtan X D TAngGuNg. HuHu
ü  Garam & perasa secukupnya

      Lain2 BhaN hiasan :

Ó Mee kuning, Taugeh, Kacang panjang - SemUa Ni D Celur Dgn Air Panas PastU TosKan Air
Ó Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
Ó Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
Ó Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
Ó Cili merah – dihiris halus
Ó Daun bawang & daun sup – dihiris halus
Ó Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

OKEh2 JoM KiTe Msak...

Untuk kuah : 

1.      Tumis Dgn Minyak daun2 Semua Tu, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang d kisar kecuali cili kering dan tumis hingga naik bau. (JGN SAMPAI HANGUS OKEE!! korang ni klu x cakap mSti Hnguskan..... Hehehehe) Ok Bila Bau Dah Msk Dlm hIdung masuk Kan Cili Kring..... Sape Ske Pdas Masuk Lebih.... Agak2 Minyak Dah Naik Kat Lada.... Dah Leh Truskan Step sterusnyer.....
2.     Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3.     Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
4.     Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
5.     Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
6.     Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
7.     Biarkan hingga mendidih. Pastu Siap.... SenaNg Kannnnn.....
8.     Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang Kuah... Lepas tu..... Hadoiii Ni pUn Nak Kne G Tau Ke? Hehehe Lepastu Mkan La yAng Oiii... Hehehe

Selamat Menjamu Selera... !! 







Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, selangor

            Sungguh sayu mendengar berita tanah runtuh di rumah anak yatim Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, selangor...  yang pasti mengorbankan anak-anak yatim...... berita ini juga pasti membuat seluruh hati rakyat Malaysia sayu dan pilu..... moga Allah permudahkan urusan mencari adik-adik yang masih tertimbus itu...... dan moga mereka d temui dalam keadaan yang selamat... amin..... sedih dan pilu melihat gambar2 yang iza dapat dari blog2 rakan yang lain... dan iza juga x terkecuali nak berkongsi gambar2 ni.... moga kita mendoakan keselamatan adik2 yang terselamat.... dan yang telah pergi... mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau moga tenang d sana.... Allah lebih menyayangi mu...

"Ya Allah..... permudahkanlah urusan semua yang bertungkus lumus untuk menyelamat kan adik2 ini Ya Allah..... hanya Engkau yang tahu segalanya.... bagi yang telah pergi menemui mu..... moga ia d tempatkan d tempat yang paling mulia di sisi mu Ya Allah...... sesungguhnya engkau Maha Pengasih dan Maha Penyanyang Ya Allah.... bagi yang belum di temui Ya allah..... permudakan lah urusannya Ya Allah..... agar ia d temui dalam keadaan yang selamat.... hanya engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2 mu Ya Allah.... bagi yang terselamat..... Alhamdulilah..... Syukur Ya Allah.... engkau masih memberi ruang dan peluang buat adik2 ini untuk meneruskan pejuangan Islam di bumi mu ya Allah...... Amin Ya Allah.. Ya RAbbal Alamin...."














Sumpah Laknat


“Ikut Hukum Siapa nak Sumpah.. ?, Saudari Orang Islam..? Hukum Mana Yang suruh Angkat sumpah ???… “

Ayat diatas ni Jawapan Datok Seri Anwar kepada seorang wartawan yang melontarkan pertanyaan kepada beliau berkaitan dengan Cabaran Datuk Eskay untuk beliau melakukan sumpah Laknat ataupun Al-Mubahalah pada hari ini.

Yang penting blog ni bukan nak cerita kisah Anwar, Eskay, wartawan, rakaman Video seks atau trio datuk T, sbb bg sy jwpn dari Datok Seri Anwar itu adalah bukan hanya untuk membalas soalan dari wartawan tersebut tapi itu adalah untuk kita semua sebagai Umat Islam..

Bermula dari kisah Sumpah Laknat yang dilakukan oleh Saiful Bahari dan Kemudiannya berkaitan dengan Kes Altantuya dan sekarang kes Rakaman Video pemimpin terlampau, sebenarnya sy tak pernah terfikir dan tak pernah ambil tahu dengan lebih terperinci tentang Bila dan mengapa sumpah laknat ni dilakukan, dimana hendak dilakukan dan bagai mana cara yang betul untuk dilakukan, sehinggalah bila Anwar melontarkan soalan tersebut…. bru sy teringin nak tau.... dan mencari jawapan.....

Oleh itu, sy terjumpa satu blog yang dapat membantu dan menjawab persoalan Sumpah Laknat ni.... Profesor Madya Dr Mohd Razi yang menerangkan secara agak terperinci tentang sumpah laknat atau Al – Mubahalah ini, artikela yang dibuat pada 24 Aug 08 ini pada sy adalah agak terperinci dan telah menjawab semua persoalan yang ingin sy tahu.

Sumpah Dalam Islam

Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.
Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua
Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi.

Apa itu Sumpah laknat

Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.

Cara yang paling Tepat untuk Melakukan Sumpah Laknat

Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Syarat khusus Sumpah Laknat

Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Syarat syarat Lain Sumpah Laknat

Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.

Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.

Bagai mana Jika satu Pihak sahaja Yang Bersumpah Laknat?

Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

Jika Kedua dua Pihak Bersumpah laknat

Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

Adakah sumpah laknat / mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?

Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.

Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?

Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.

Apakah Kesan atau balasan dari Sumpah Laknat

Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Contoh Pembalasan dari sumpah laknat

Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.

Ps : Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi merupakan Pensyarah Jabatan Pengajian Islam telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin. Pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat. Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

kreatifnya surat cinta dulu

malam2 ni tibe2 teringat zaman kanak2 dulu..... hehehe budak2 memang kratifkan...... dulu waktu budak2 sy jugak x terlepas kenangan2 dapat surat cinta.... yg d ltak bawah meja..... hahahaha ade2 je...... bila dah tua bangka ni..... teringat pulak...... sape la gerangan pemilik surat tu eak...... >_< hahahaha.... sampai ke hari ni x tau sape la dia..... mcm2 rupa dan gaya surat yg sy tngk..... hahahaha rasenyer korang jugak dapat dan buat benda yang samakan...... sbb cara, gaya, jenis ayat lbh kurang je semua..... mcm ada skema membuat surat cinta...... hahaha ni antara jenis2 surat cinta kreatif zaman kanak2 dulu...... la ni dah x de da... semua dah canggih........ tapi x gempakla klu anta surat pakai sms atau Fb ni..... dak2 dulu pakai surat..... mcm2 bentuk.... lipatan jugak berbeza.... huhu..... (aduaiii.... teringat zaman kanak2) klu kad raya lagi la best..... x pun kad bday..... aduaiiii warna warni..... :)

tengok2 ayat surat cinta ni..... hahahaha x leh bla...... tau2 na la org mane kan.....
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.........


ha yang ni pulak... punya kratif siap letak bedak pulak..... biar wangi kot.....
kreatif kan...... gne otak kanan ni... hehehehe time ni memang musim surat cinta
pakai bedak tau...... merata m'sia.....


x cukup dengan letak bedak.... kadang2 rajin terlebih2 siap ada yang bakar tepi
konon2 biar nampak mcm corak..... kreatifkan..... kadang2 ade tu telebih bakar.....
hahahhaahaha.......


dah ada surat... msti ade sampul surat kan..... ni sampul surat yg di ambil dr surat kabar atau mjlah....
kreatifkan...... waktu ni zaman dak2.... duit x bnyk..... huhuhu
nampak na bersungguh2 nak anta surat cinta kan......hahahaha


ha ni telebih rajin..... siap lukis2.......



surat ni baru je amik..... kreatifnyer la..... bru lagi surat ni.... 2010..

ha.... mcm ne korang? teringat x zaman2 kanak2 dulu........ sbb rangkaian komunikasi kita terbatas.... maka surat jadi jalan penghubung..... tapi la ni dah x ada dah.... lambat katenyer...... nama pun kenangan kan...... sngt kelakar klu d fikir2kan...... rasanya.... rata2 akan simpan surat ni kat kotak kasut...... knp eak? erm.... mungkin tu tempat paling selamat mak tak tau..... (tau takut) hahahahahahaha

indahnya zaman kanak2........
x bnyk benda nak fikir.......
x bnyk masalah yg datang.......
semalam adalah kenangan......
hari ini adalah kenyataan.........
terima kasih kenangan.....
:)

Cinta budak Sekolah... huhu

Petang yang terik dan panas membuak2 ni… membuatkan otak kering idea dan muka mula berminyak2.. nak buat apa yerr…….??? Search internet la…. Ha!!!!! Hahahahahahaha……. Tau x ape yg eliza jumpa…. Jom kita kongsi2 membaca…..


Budak2 skang ni mcm2 ragam… mcm2 perangai…. Kecik2 dah pandai nak cintan cintun…. (teringat zaman sek dapat surat layang) ni kalau mamat yg x pandai usyar awek ni… patut malu la kan… hahahaha….. adik kita pun pandai ngorat2 tau….. wpun agak bebelit…. Tapi kira keberanian agak tinggi la kan….. adik owh adik…….

ni kes cemburu la ni.... nak mintak putus.... tapi saya sayang awk..... hahahaha
owh nak mintak pujuk kottt

ni lagi satu......
 
dah nampak tau takut mak ayah kan........ 2 pintartuu.... ni patut 2 sangat pintar..... hehehe
tapi pantun bawah tu memang biase dapat zaman sek....
dah mcm skema surat cinta dah.... msti kne ade... hehe
 
 dan surat yang last ni.....
 
ni marah sbb isap rokok..... ni mcm sebagai memotiasikan dri la konon....
siap lukis2 lagi...... mrh ke x marah? aduaiiiii......

ish2 budak2 ni.... ni dah besar nak jadi ape ni?? aduaiii x tau akk nak kate ape...... nak ketawe je..... budak skang sngt kreatif......