Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Ape Dah Jadi Dengan Kentang Sye???

Salam...

Haii..... Hurm... x tau nak mule dri mne.... tngk jew la....

Ape Da Jadik??

Ape yang d berangan tah.... sampai gini rupernyer.....

Akhirnya... Disini Tempatnya.....


Mfkan sye..... sbb x dapat nak mkn.... terlalu pait rsenyer... eyeakksss!!

Natijahnya... waktu masak jgn semua benda nak di bt....
- basuh baju
- lari2 g sidai bju
- berangan

ni la hasilnyer..... kreatif x??

Bagi ibu2 yang ade terniat nak masuk merisik... jgn wiso... kejadian ni 1 thn x bnyk kali terjadi.... cme... kadang2 ayam... kadang2 ikan merah.... kadang2 daging.. kadang2 periuk... ade jugak kuali... tpi...  kadang2 jew... x hri2... sbb sy x hri2 pun masak..... hehehehehe









Salam Maulidur Rasul

Salam,

Hai semua.... wpun dah terlambat nak bt post ni. tp rase bertanggungjwb nak post.... x semestinya terlambat post tidak akan dapat memberi kesan pada si pembacanya kan? harap mcm tu la.....

okey!!.. erm korng semua tau x ape mksud Maulidur Rasul?

Maksud : Kelahiran Rasul (perkataan Arab) Merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Tarikh : 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masihi. 

Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1434 Hijrah pada 24 Januari 2013 Masihi.

Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:  
Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai
(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)
Malah pengkritik Islam, George Bernand Shaw mengatakan: 

Saya telah mengkaji beliau, seorang tokoh yang hebat. Jauh sekali untuk mengatakan beliau seorang anti-Christ tetapi layak dipanggil penyelamat kemanusiaan (The Genuine of Islam). 

Sudah masa untuk kita berfikir sejenak, siapakah individu unggul sebagai ikutan dan contoh kehidupan. Beliau dikagumi oleh lawan dan dicintai oleh para sahabat. Kelahiran Rasulullah di bulan Rabiul Awal adalah MESEJ yang perlu diingati tidak sekadar sebagai bahan sejarah tetapi menjadi ikutan buat setiap insan.
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.                          (Surah al-Qalam : Ayat 4)

Senarai Nama Tokoh Yang Berpengaruh Di Dunia


Berpandukan kepada pengiktirafan di atas terhadap Nabi Muhammad S.A.W berkaitan personaliti dan cara hidupnya maka apa salahnya kita sebagai umat Islam turut sama berbangga dan menjadikan beliau sebagai IDOLA kita di sepanjang waktu dan ketika. SEBARKANLAH maklumat ini untuk dikongsikan bersama demi menyemarakkan lagi kasih KASIH dan SAYANG terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.