Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

kajian sikap melalui corak... (try2 je)

 Pilih Corak Mana Yang Lebih Anda Minat:....
(A)(B)(C)
 (D)(E)(F)

(G)(H)(I)


 Padanan:

(A) Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

(B) Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.


Gaya hidup anda amat individualis. Anda tidak meniru apa yang popular, sebaliknya cuba hidup mengikut idea dan kepercayaan diri - walaupun menentang pendapat umum.

(C) Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.


Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata

(D) Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

(E) rofesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.


Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

(F) Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

(G) Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."


Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

(H) Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.


Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

(I) Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.


Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.







 



























  

Diet mengikut jenis darah

oleh kerana skang musim diet.. maka iza amatla bersuka ria utk mencari segala2 fakta berkenaan diet.... agar diet kali ini tidak gagal dan mencapai had yg d harapkan.. hehehehe.. bagi iza ni fakta yg sangat menarik yang bru je dapat..... iza darah B = Baik :) hehehe (gurau je...) jd.... fakta ni sngt tepat buat iza.... sbb jenis makanan yang d galakan bagi iza nampak hasilnyer.... tapi mknan yg dia kata perlu d elak kan.... iza mkn juga.... akan menjadi masalah pada kulit.... terutama kulit muka..... bila tinggalkan..... jdi baik pulak..... kajian jugak kata..... org darah b ni ade masalah imunisasi..... memang betul n tepat...... tapi rasanya..... iza dah cukup bnyk makan sayur...... mcm ne tu eak??? :(

bagi sahabat2 iza yg ngah diet... try la fakta ni..... ade kebenarannya... dan ada ahli pakar yg dah kaji pun.....

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.


Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’


Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. (Tepat)

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Fakta Coca Cola lagi..... :

saya ada membaca 1 entri yang agak menarik minat utk d baca...... dan ingin d kongsi dengan pembaca blog saya.... klu ade ;) hehehe..... ape yang menarik bila entri ni tajuk... "jangan jadi muslim bebal" owh!!! yg menarik bukan Nama Muslim ayah ku...... >_

Aku tidak tahu apa lagi yang boleh membuat umat Islam bangun dari tidur. Paling mudah mungkin dengan membayangkan tulisan perkataan Allah di mana-mana tempat atau produk keluaran Barat. Oh, ianya perkara paling mudah untuk menimbulkan kemarahan umat Islam.


Tidak susah, ambil gambar seperti logo Crocs di kasut, pusing-pusing sikit dan dengan imaginasi, lukis tulisan Allah di logo tersebut. Kalau ianya menjadi, maka secara jelas logo Crocs adalah sebuah lagi penghinaan terhadap umat Islam. Kita umat Islam sememang hebat mencari perkara begini.

Aku bukan mahu berbunyi sinikal. Tetapi kita perlu melangkaui dan meninggalkan kebejatan mental yang sebenarnya lebih menunjukkan lemahnya mental umat Islam dalam menghadapi cabaran semasa.

Siapa sangka, logo Coca Cola yang wujud sejak sekian lama rupanya adalah kalimah Arabik yang menghina Islam juga?


Sekali lagi aku mahu bertanya, kita tidak ada kerja lain selain mencari anagram tersembunyi yang menghina Islam? Paling mengelirukan, umat Islam lain yang kadang-kadang aku fikir sangat bijak, dengan mudah boleh terpengaruh, malah bertindak mengesahkannya pula.

How stupid can we Muslim be? Atau mungkin kita terlebih menonton/membaca The Da Vinci Code karya Dan Brown?

Aku tidak nafikan ada anagram ciptaan golongan tertentu yang jelas berfungsi untuk menghina Islam. Ianya berjaya ditemui dan disahkan kebenarannya. Ada juga yang berlaku secara kebetulan, seperti corak api yang kelihatan hampir sama dengan nama Allah di kasut Nike.

Selebihnya, seperti yang wujud di sebelah, di logo Coca-Cola dan logo Crocs, aku percaya ianya tidak lebih daripada imaginasi manusia yang cuba mencari salah dan silap orang lain. Malah, kalau diperhatikan dengan jelas, kedua-dua anagram ini diubah dari bentuk asal untuk menyerupai tulisan Allah atau menghina Islam. Apabila wujud perubahan sebegitu, ianya jelas ciptaan manusia yang menemuinya, bukan ciptaan asal.

Sementara orang mentertawakan kita dengan kebebalan kita, kita sendiri pula terus menyebarkan informasi meragukan ini seperti ianya benar-benar sah bertentangan dengan agama. Agenda utama yang dibangkitkan adalah mudah; boikot barangan Barat, boikot Israel, boikot Amerika Syarikat dan boikot musuh Islam.

Buka sedikit minda berfikir lebih jauh sebelum bertindak. Jangan jadi manusia yang membuta tuli mengikut apa saja apa orang lain kata tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan diri sendiri. Jadi Muslim yang progresif, positif dan bijak. Jangan jadi Muslim yang jumud, percaya perkara yang karut dan mudah tersinggung dengan setiap perkara remeh yang timbul.

Satu lagi gambar dan fikir sendiri logiknya. Kita boleh bayangkan nama Allah di selut yang kotor? Oh... Kenapalah kita sanggup menghina Yang Maha Agung?


ini adalah pendapat masing2.... masing2 ade pendapat masing2... dan leh percaya atau xkan..... dan mungkin juga mcm stunami yang katanya ade tiupan angin seperti nama allah.... mungkin juga itu berbentuk amaran dari allah buat hambanya yang masih tinggal utk mengkaji dan berfikir kenapa kejadian itu berlaku..... seperti yg di kata.... masing2 ade pendapat dan pemikiran masing2..... korang semua mcm ne?? ape pendapat korang?



10 Fakta menarik berkenaan Coca Cola......

 " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke = Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?



Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
(Dah Cuba G tau Yerkk!!)

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
 Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat :
Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian :
Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.


Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer!


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu

hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh

serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!


Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.

cinta yang hadir utk selamanya.......

Kadangkala manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata
"Tuhanku menghinakanku"

jangan begitu sayang
ALLAH tahu apa yang terbaik untukmu...
[Al Fajr 89:15-16]

Diwajibkan atas kamu berperang d jalan Allah,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
             [Al Baqarah 2:216]


Akan ada yang datang...
Dan akan ada yang berlalu pergi...
manusia itu akan datang dan pergi....
Harta benda itu akan datang dan pergi...
Kesedihan itu akan datang dan pergi...
Masalah itu akan datang dan pergi...

Tapi...

Ada juga yang datang, Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi.....

Siapa?...

ALLAH,
ALLAH akan tetap disitu....Sekalipun kamu melupakannya...
ALLAH takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu....

Allah akan terus memerhatikanya!

Allah akan terus memerhatikanSetiap gerak gerimu, Setiap ucap kata dari bibirmu,Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,

Allah ada untuk setiap masa..... bila sahaja yang kamu mahu.....
kembali padaNya ya sayang...... Allah sedang menantimu


Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al-Baqarah: 186]


~ terasa diri ini lemah dan kerdil sangat2... baru diuji sedikit, banyak betul keluhan yang keluar dari bibir ini...subhanALLAH......~

dan ingatlah bahawasanya TUHAN itu lebih dekat dari urat nadi mu... Dan ALLAH juga akan menjadi pendengar yang setia buat mu Eliza Muslim.........

mood diet bermula....

dah lama x diet...... so mud diet akan bermula esok 5/4/2011.....



mcm biasela.... klu nak diet...mstila diet yang seimbang.... agar  tidak tumbang waktu dan ketika diet.....

Cabaran             :  1kg 1 minggu = 4kg 1bln
Perlaksanaan    :   makan pagi akan d bawa makan petang....
                                dan makan tengahari akan dibawa kemakan pagi.....
                                malam cuma buah......
Unsur Makanan :   mstila kurang karbohidrat dan lemak....

perkara yang perlu d utamakan dlm bulan diet ni.....

1. lebihkan sayuran dan buahan
2. minum air yang mencukupi
3. 1 hari 10 mint senaman atau aktiviti yang mengeluarkan peluh.....

cbe try!!!!!!!!

slamat berjaya "eliza elisa"