Hai semua..... mcm yang post sebelum ni... iza janji nak kongsikan beberapa tajuk menarik dari majalah AT-TAQWA kan? antaranya ialah "Hinanya Kalau Tidak Solat" sangat menarik dan boleh menjadi pengajaran dan ilmu buat kita....
Di kisahkan ketika pada zaman Nabi Musa a.s, ada sepasang suami dan isteri yang sudah lama berkahwin dan mendirikan rumah tangga... Namun ia masih tidak dikurniakan zuriat. Lalu terdetik dihatinya untuk bernazar.
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam"
Tidak lama itu., Allah telah mengabulkan permintaan lelaki itu dengan mengurniakan mereka anak. Maka rungsinglah hati pemuda tersebut akan Nazarnya untuk meminum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan Nabi Muhammad. Jika umat Nabi Muhammad bernazar sesuatu perkara yang haram, maka tidak perlu di lakukan tapi di kenakan denda (dam) atau cukup lah sekadar bersedekah. Namun pada zaman Nabi Musa, siapa sahaja bernazar pada suatu perkara yang haram tetap melaksanakan Nazar tersebut.
Dengan susah hati pemuda tersebut bertemulah Nabi Musa dan mengadu masalahnya dan keriasauannya. Dengan itu Nabi Musa menenangkan hati pemuda itu dengan berkata untuk melaksanakan Nazar itu ia tidak perlulah meminum air kencing anjing hitam tersebut. Lalu pemuda itu berasa riasau dan bertanya kepada Nabi Musa... bagaimana saya hendak menunuaikan Nazar saya?
"Lalu baginda memerintahkan pemuda itu pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat."
Dan dengan senang hati ia menjalankan perintah baginda itu.
Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat sehingga air yang jatuh dari bumbung rumahnya adalah lebih hina daripada air kencing anjing hitam. itu baru bumbungnya..... apatah lagi air tanganya....
Sabda Rasullah s.a.w : “Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain" (Hadis riwayat Thabrani)
Oleh itu.. marilah kita bersama-sama menjaga solat kita... saya juga manusia biasa yang kadangkala leka dengan hal dunia..... saya juga mengingatkan diri saya begitu juga kamu semua....
"Hendaklah kamu mengerjakan solat dan bertaqwa kepada-Nya, dan Dialah Tuhan yang kepada-Nya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak )"
(Surah Al-An’am 72)
Indahnya perkongsian ilmu itu….