Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Datangnya 4 Malaikat Ketika Sakit

Salam,
Hari ni sehat? Tahu ke kita... bahawa Allah mengutuskan 4 Malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Jadi kita x perlula bersedih kerana itu semua ujian dalam kita beribadah. Antara bukti kasih syg Allah kepada hambanya.

Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik, yang telah dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya. 
Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda : 

Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.


Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil KEKUATAN sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa LAZATNYA MAKANAN dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil CAHAYA TERANG D WAJAHNYA sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambilSEMUA DOSANYA , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Ketika Allah akan menyembuhkan hambanya, Allah memerintahkan kepada malaikat 1,2,3 untuk mengembalikan kekuatan, rasa lazat, dan cahaya di wajahnya. Namun, untuk Malaikat ke 4, Allah tidak meminta utk mengembalikan dosa2 nya kepada hambanya. Maka bersujudlah para Malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

Ya Allah mengapa dosa2nya tidak engkau kembalikan?

Allah menjawab :  
Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.
Oleh itu,, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : 

Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.
Maa syaa Allah, Laa Quwwata Illaa Billaah Besarnya kasih sayang Allah kepada hambanya .

Resepi Dendeng Daging Berlada

Salam,

Hai.....oleh kerana saya anak orang Minang... dan permintaan kawan baik sy...maka nak la sy kongsikan masakan Dendeng ni.... mesti ramaikan yg penah makan.... hehehe Jom try....




Bahan- bahan Untuk Daging

1kg Daging (hiris2 daging... jgn terlalu kecik..) tgk la mcm kat dlm gambar nuh.. hehehe

Bahan Kisar
1 inci Halia
5 ulas Bawang Putih
4 inci Kunyit Hidup/serbuk kunyit 1 1/2 sudu

Bahan-Bahan Untuk Lada

1 biji Bawang Besar
1 biji Tomato/Asam Jawa/Limau Sambal
7-10 Lada Merah

*Bland lada, bawang,Tomato (jika nak pakai tomatola... klu nak pakai Asam atau Limau letak waktu menggoreng lada nanti.. x yah cmpur)

*bagi yang baru try nak bt... x yah la pakai Asam atau limau yer..... lain jadinya.... takut terkurang x pun terlebih.... ;)

*Bahan-bahan tambahan boleh la letak Kentang Goreng.

*x bnyakkan bahan dia? ok.. let's go... hehehe

1. Daging yg d hiris tu perlu d rebus dengan Bahan Kisar dan letakan garam
2. Bila daging dah menyerap semua bahan2 kisar tadi... angkat
3. Tumbuk daging tersebut dengan Batu Pahat.... ;) batu lesung la..... agak2 k... jgn hancus....
4. Lepas semua siap d tumbuk.. panaskan minyak dan goreng....

* klu suka daging ni d makan kering lamakan masanya, jika sebaliknya cukup la warna keperangan.... Jgn risau daging ni memang dah masak.... sbb dia menjalani proses Rebusan tadi...

ok letak tepi daging tadi.... skang kita bt lada...

1.Panaskan Minyak (gunakan minyak menggoreng Daging tadi)
2. Hiriskan bawang dan goreng bersama minyak yg panas.  (bagi sape yg x ske bnyk bawang x payah ikut proses ni ok sbb Lada tadi dah d blandkan bawang skali)
3. Setelah bawang bertukar warna masukan lada yg d bland tadi....(boleh la masukkan Asam atau Limau jika tak menggunakan Tomato)
4. Masukan Garam dan serbuk perasa jika mahu.
 (bape bnyk Lada yg d gunakan? lagi bnyk lagi pedas.... ikut la kesesuaian daging)
5. Tunggu sehingga minyak naik... tu tandanya dah masak
6. Bagi yg x ske minyak bnyk.. buangla minyak yg berlebihan tdi... tp jgn buang semua sbb nanti x sedap kat daging.
7. Masukkan daging dan kentang tadi kedalam lada yg sudah masak.

Siap utk d hidang....