Cinta Ohhhhh..... Cinta.......
1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah memberikan 1001 alasan kepada kamu untuk dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu seorang.
2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya selagi kamu belum diijab kabulkan.
3. Orang yang mencintai kamu akan menerima kamu seadanya, dimatanya kamu adalah seorang yang sepurna walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah atau terlalu kurus.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini dan dia ingin tahu apa yang kamu sedang lakukan sekarang.
5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengirimkan SMS seperti ‘Good Morning’, ‘Good Night’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah cara dia ingin menyatakan cintanya, even bukan menggunakan kata-kata romantis atau “I Love You".
6. Jika hari ini hari lahirmu, dia akan telefon kamu untuk mengucapkan "happy birthday" atau mengirim SMS, si dia ingin menunjukan bahawa dia tidak pernah lupa bg tarikh penting kamu.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa, kerana saat itu ah sesuatu yang berharga bagi dia. Dan disaat itulah, titisan air mata si dia akan jatuh kerana bersama dengan kamu pasti tidak akan berlaku lagi.
8. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kata-kata yang telah kamu ucapkan, walaupun kamu sendiri telah lupa apa yang telah kamu ucapkan kepada si dia. Kerana setiap kata-kata kamu adalah azimat dan semangat bagi dia.
Walaupun terdapat pelbagai harapan dan semangat telah kamu bagi kepadanya lalu si dia telah simpan didalam hatinya, tetapi akhirnya kamu telah musnahkanya. Pasti kamu lupakan?? Tetapi orang mencintai kamu tidak penah lupa dalam ingatannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar untuk menyukai apa yang kamu suka kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - Apa yang kamu suka, itu jugalah yang dia suka walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya mungkin dia berjaya melakukannya.
10. Kalau kamu mengatakan bahawa kamu kurang sihat, dia akan sentiasa telefon atau menghantar SMS untuk bertanyakan keadaan kamu, kerana dia bimbang terhadap diri kamu.
11. Jika kamu akan menjalani peperiksaan / meeting untuk mendapatkan tender / sesuatu yang kamu ingin raih sebagai satu kejayaan, dia pasti akan peka pada tarikh-tarikh penting kamu, dan apabila tiba pada hari tersebut, dia pasti akan memberikan semangat dan mengucapkan semoga kamu berjaya.
12. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
13. Jika suatu hari kamu terpaksa berjauhan dengannya, dia akan sentiasa berpesan kepada kamu agar kamu menjaga diri atau berjaga-jaga dengan segala kemungkinan, ini menunjukan bahawa si dia sangat risau terhadap diri kamu, dan jauh disudut hatinya untuk berjauhan dengan kamu.
14. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti telefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu si dia sedang memikirkan kamu.
15. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
16. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu untuk meluahkan masalah sekiranya kamu menghadapinya walaupun jauh disudut hati dia ingin tahu apakah masalah kamu, tetapi dia akan tetap bersabar sehingga kamu bersedia untuk menceritakan kepadanya.