Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang hanya menggambil kesempatan.............. Apa yang kita lalui kerana sahabat kadang-kadang membosankan dan mengecewakan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering terjadi beberapa cubaan dan ujian, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi segala cubaan dan ujian bahkan bertambah erat bersama cubaan dan ujian itu....

Persahabatan tidak terjalin secara semulajadi tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, dijaga - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan. oleh itu, karana kasihkan sahabat ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.
Proses dari kawan menjadi sahabat memerlukan usaha penjagaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan kasih dari orang lain, tetapi ia berusaha memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang dimulakan dengan sikap ego.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karana dikhianati sahabatnya.
Ingatlah bila terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di sisi anda ???

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasakan anda tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda

saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??
MEREKALAH SAHABAT ANDA..........
Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.
** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **
 
Sahabat.. biarlah engkau berada berjuta batu jauhnya..... namun antara kita dekat..... kerana engkau sentiasa berada dalam doa ku....
 
 "ROSERMAWATI, MOHD RAHMAT, KHADIJAH HASHIM, ZARA, NURUL AKMAR, ZAWIAH, KAK CARE T, KAK CHAK, KAK ZI, KAK ALIN, KAK KHAI"  DAN SEMUA RAKAN-RAKAN YANG KU SAYANG........

1 comment:

  1. kaktus tu walaupun tajam berduri, tapi dia menyimpan air di dalam badannya

    ReplyDelete