Bila cita pasal kanser payudara.. masih ramai yang tak terbuka luas untuk menceritakannya secara terbuka…. Mungkin malu atau sebagainya… namun sebenaranya kanser ini telah menjadi pembunuh utama kepada golongan wanita d malaysia….. kerana malu nak membincangkan masalah kanser ni secara terbuka. Maka ramai juga lah yg tidak tahu beliau mengidap penyakit tersebut…… ada perkara yang perlu kita sorok dan ada perkara yg kita perlu beri tahu… walaupun pada hakikatnya sy juga malu ingin menceritakan.. tapi hasil penulisan ini mungkin menjadikan info kita bersama sebagai langkah berjaga2….
KANSER PAYUDARA BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA BAHAGIAN PAYUDARA......
* Lobus yang menghasilkan susu
* Duktus yang menghantar susu ke puting
* Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik,
kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.
KANSER PAYU DARA MEREBAK MELALUI CARA-CARA BERIKUT:
* Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga
akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
* Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar keseluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO
Oleh kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara ini.
FAKTOR RISIKO YANG TINGGI
1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapiperanan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara
3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun
FAKTOR RISIKO SEDERHANA
1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.
2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi
4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.
5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.
FAKTOR RISIKO LAIN YANG LEBIH RINGAN
Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.
KANSER PAYUDARA DI MALAYSIA –
Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu. Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India. Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka. Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.
Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.
Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.
Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.
Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).
Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...
ReplyDeletesy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin
NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN