Persoalan ni penah d ajukan oleh sahabat saya baru2 ni…. Kerana perasaan takutnya utk melalui hari tersebut…. Maka wujudlah persoalan ini…. Sejauhmanakah perkahwinan akan menjanjikan bahagia….???
ingin sangat aku mengajukan soalan ku kepadanya.. apakah perkara yang menjanjikan bahagia...? jika tanpa usaha dan keberanian?
Hahahahaha….. aku nak jawab pun x tau…. Sebab aku pun bukan dah kawen pun….. tapi…. Buat sahabat ku itu….. tulisan ini khas utk mu…..
Mis “A”….. dalam hidup kita….. tiada 1 pun mampu menjanjikan sesuatu yang seperti kita harapkan…… belajar setinggi langit… belum tentu menjanjikan kerjaya seperti setinggi langgit….. amal ibadah kita selama ni… belum tentu menjanjikan kita syurga….. org yg melakukan dosa2 belum tentu dijanjikan neraka….. begitu juga perkahwinan, bukan tiket untuk bahagia… bukan janji utuk bahagia….. namun kita masih d beri peluang dan ruang…
walaupun kita belajar setinggi langgit, namun tidak memiki kerjaya setinggi langgit tapi kita masih memiliki peluang dan ruang utk menjadi manusia yg berilmu… bukan kah itu kebahagiaan….? Sebab ilmu itu tidak datang bergolek ia perlukan sejuta kekuatan untuk dicapai….. dan x semua merasai kebahagiaan itu…..
amal ibadah kita tidak menjanjikan kita memiliki syurga.. jika itu semua tak mendapat keredhaannya…. Tapi… kita di beri peluang dan ruang menjadi manusia yang ikhlas dengan semua amal ibadah yg kita lakukan… inysaAllah….. allah maha mengetahui….. ada bahagia yg akan menanti…..
walau pun melakukan dosa itu amatlah d tegah….. namun kita hanya lah manusia biasa…. Yg dilahirkan untuk beramal dengan maha pencipta (Allah) dan diberi ujian untuk menilai baik dan buruknya… namun seberapa banyak dosa kita…..? ia juga bukan menjanjikan neraka buat kita….. kerana allah member kita peluang dan ruang utuk kita berubah untuk kita bertaubat….. inilah kebahagian yg terindah bila peluang dan ruang itu sentiasa terbentang luas buat kita….. hanya kita….. ingin merebut peluang itu….. atau hanya membiarkan ia berlalu…. Kebahagiaan tu ada…. Cuma kadang kala kita yg menjadi pembunuh kepada kebahagiaan itu….. fikir2kan….
Begitu juga perkahwinan….. ia bukan menjanjikan kebahagian…. Tapi jika kita menjaga peluang dan ruang yang Allah berikan pasti kebahagiaan itu akan kita rasai….. selagi kita mengetahui hak dan tanggungjawab antara kita dan pasangan kita….. mungkin ade sedikit rahsia2 dalam perkahwinan yang perlu kita ketahui…. Walaupun aku x la berapa tau….. ni semua atas beberapa yg aku research….
Mengekalkan perkahwinan….
1. Belajar berkomunikasi secara efektif
Komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan atau perhubungan yang utuh dan sihat. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia. Jangan segera memberikan pandangan. Dengar sahaja apa yang ingin diperkatakan pasangan anda. Jika perlu meluahkan sesuatu, luahkan apa yang anda rasa secara positif dan jujur.
2. Luangkan masa bersama
Andai diri tiada masalah untuk berkomunikasi dengan efektif, carilah masa untuk mewujudkan satu perbualan bermakna antara kamu berdua. Pastikan ia bebas daripada sebarang gangguan. Contohnya, untuk pastikan anda benar-benar berkomunikasi bersama pasangan, tutup dahulu televisyen yang ada di hadapan anda. Ataupun, ambil peluang berbual dalam suasana malam yang sunyi di rumah.
3. Pergaduhan secara adil
Jangan mengharapkan diri sentiasa bersetuju dalam semua perkara. Paling penting dalam menyelesaikan konflik yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda, biarpun ketika itu sedang bertengkar. Biarkan suami/isteri tahu bahawa anda sedang menilai kata-katanya meski diri tidak bersetuju dengannya. Cuba elak mengkritik, mencemuh, mengenepikan atau menolak pasangan ataupun pandangan mereka. Jika diri berasa kecewa atau marah, tinggalkan perbualan itu dan sambung semula di masa yang lain.
Nota - Andai terasa diri mungkin akan mencederakan pasangan anda, segeralah berlalu dan biarkan dia bersendirian. Cuba dapatkan bantuan secepat mungkin.
4. Beri komitmen dalam perhubungan
Pastikan anda sentiasa mengutamakan perhubungan atau rumah tangga dalam kehidupan anda. Sebuah perhubungan adalah satu usaha yang berterusan. Oleh itu, ia memerlukan perhatian dan usaha untuk berkembang. Tidak kira betapa sibuk pun diri anda, cuba luangkan masa berkualiti bersama walaupun terpaksa mengatur semula jadual dalam diari. Raikan pencapaian diri masing-masing secara bersama. Sekiranya dihimpit kesusahan, berilah sokongan dan galakan kepadanya.
5. Luahkan rasa penghargaan anda
Ucapan terima kasih mungkin dilihat remeh, tetapi ia boleh membuatkan pasangan anda rasa dirinya istimewa dan dihargai. Walaupun mungkin dia tahu bahawa kita mengambil berat mengenai dirinya, ia tidak menyakitkan untuk mengucapkan terima kasih biarpun untuk kerja yang dilakukan setiap hari seperti memasak, menidurkan anak atau membuang sampah. Kekalkan gurauan dalam kehidupan seharian. Selalulah ketawa bersama pasangan. Kekalkan gurauan boleh melegakan tekanan dan tegangan. Malah, ia dapat membantu anda melalui saat-saat sukar bersama.
6. Belajar bertolak ansur
Bertolak ansur amat penting dalam apa juga perhubungan, terutamanya perkahwinan. Jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu, bincanglah dalam keadaan yang tenang. Biarkan masing-masing menjelaskan pandangannya dan cari jalan penyelesaian setelah mengambil kira pandangan kedua-dua pihak.
7. Saling memaafkan
Dalam perkahwinan, ada ketikanya pasangan melakukan kesilapan atau berkata sesuatu yang melukakan hati, tidak kira ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Saat itu, tidak salah untuk anda berasa marah. Tetapi, biarkanlah kemarahan itu berlalu. Sebenarnya, jika berterusan memikirkan tentang kekecewaan tersebut, sukar untuk anda membina perhubungan yang penuh dengan kasih sayang.
8. Kekalkan kemesraan
Perhubungan selalunya romantik pada tempoh permulaan. Tetapi, apabila masa berlalu dan pasangan beralih perhatian dengan perkara lain seperti kerja, anak-anak, bil dan rumah - akhirnya mereka akan mengambil sambil lewa tentang diri masing-masing.Buatlah pasangan anda rasa istimewa, lakukan sesuatu yang romantik walaupun hanya satu perkara yang kecil.
Contohnya, bawakan sarapan pagi di katil, sesekali keluar makan malam, berjalan di pantai atau berkelah.
9. Cuba cari masa untuk diri sendiri
Memang normal untuk pasangan mempunyai hobi, minat dan kawan yang berbeza. Biarpun, hakikatnya menghabiskan masa berkualiti bersama itu penting, sesekali anda juga perlukan masa untuk bersendirian atau bersantai bersama teman-teman. Dengan mencari masa untuk diri sendiri, anda sebenarnya akan lebih menghargai diri pasangan anda.
Akhir sekali, andai telah mencuba pelbagai cara tetapi masih mengalami kesukaran dengan perkahwinan atau perhubungan, cubalah dapatkan bantuan, tidak kira melalui terapi, kaunseling perkahwinan ataupun meminta pandangan daripada kawan-kawan yang mampu membantu.
• Ha mcm ne? dah leh terima ke? Harap2 bagi sesiapa dan rakan saya yg menghadapi masalah berwas2 ini…. Dapat menjawab semua persoalan…. Tiada jawapan untuk menjanjikan kebahagian kita… bukan dalam perkahwinan tetapi dalam segala hal….
• So pas ni kita leh kawen….. kahkahkahkah…. Aku pun x tau la. Ni cme dari pa yg aku rase…. Dan sebenarnyer aku jugak takut nak melaluinya….. hehehehe
• Slamat beramal…… kekekeke
No comments:
Post a Comment