Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

8 Hadiah Yang istimewa….

Terdapat 8 hadiah yang istimewa buat insan2 yang anda sayangi…… bila cita pasal sayang msti ingat gf atau bf….. jangan lupe mak ayah…. Kawan2…. Sahabat… jiran….. x lupe…. Heee binatang peliharaan….. hehehehe

1. Kehadiran

Kehadiran org yg dkasihi rasanya adalah hadiah yang tidak ternilai harganya…. Memangla kita boleh hadir di depannya… melalui surat, telefon, gambar , sms, email atau facebook… namun dengan berada di sampingnya mungkin akan lebih bermakna… berbahagi perasaan, perhatian dan kasih sayang,…… ha x lupe jugak berbagi keperitan dan kesusahan…. Mungkin dengan cara ini kita dapat mengeratkan hubungan… dan lebih rasa d hargai…. Bila kehadirannya membawa bahagia…. Jadi kita kne la belajar utk menghargai.. kan…? =)

2. Mendengar

X ramai org mampu menjadi pendengar yang baik…. Sebab ramai yang ske didengar dari menjadi pendengar…. Dengan meluahkan perhatian pada segala perkara secara x langsung kita juga telah menumbuhkan kesabaran dan kerendahan hati. untuk lebih mendengar dengan baik… pastikan time tu kita betul2 relax… bukan dalam keadaan tertekan pasti anda boleh memahami setiap apa yg ingin d sampaikan.. sambil tu.. tengok la wajahnya…… tak perlu la korang tetibe nak jadi pengkritik atau menghakimi setiap apa yg dia cakap…. Cukup sekadar mendengar…. Biarla dia nak habiskan citenya dulu…. Waktu dia cita… sedikit sebanyak tekanan dlm dri dia pun kurang……. Elak kan dri memberi lebih tekanan…..

3. Diam

Pernah dgr x…org kata… dlm diam ade sebuah kekuatan yang sangat hebat… dengan kita berdiam sahaja kita boleh menunujuk kan pelbagai reaksi dan tanggapan….. dengan diam mungkin kiat sedang menghukum dan mungkin juga dengan kita berdiam…. Ade org yang akan penik…. Hehehe berapa besarnyer kuasa diam tu… diam juga boleh menunjukkan rasa cinta kita pada pasangan kita dengan istilah yang selalu di pakai ilah..”member ruang dalam berdiam”…. Membuat keputusan dalam keadaan marah akan membuatkan semua keputusan itu ber emo…. Jadi kadangkala berdiam itu akan membuat kita berfikir dengan lebih rasional…..

4. Kebebasan

Mencintai dia bukan bermakana kita berhak utk mengatur perjalanan hidupnya atau menghentikan segala perjalanan hidupnya…. Boleh ke kita gunakan istilah “saya sayang cinta awak” tapi dalam masa yang sama kita selalu menjadi penghalang apa yang dia ingin atau mahu….? Memberi sedikit kebebasan adalah satu yang dinamakan cinta….. tapi bukan bermakna “sayang leh buat sesuke hati sayang ok!!!” hehehehe….. istilah kebebasan yang lebih tepat adalah memberinya kepercayaan penuh untuk bertanggungjawab atas segala hal yang ia buat…….


5. Keindahan

Huh!! Sape x rase banggakan bila pasangan nya kelihatan hensom dan chantek? Tampil kacak dan anggun merupakan hadiah yang hebat yek….. selain keindahan penampilan peribadi, keindahan senyuman pun dah kire sngt indah…..

6. Tanggapan yang +ve

Kadang2 tanpa kita sedar….. kita banyk member tanggapan yg -ve berkenaan sikap atau tindakan org yang kite sayang tu… pas ni….. try letak benda2 yg +ve….. bila kali terakhir kita ucapkan terima kasih? =)

7. Ketersediaan utk mengalah…..

X semua mslh layak untuk menjadi bahan bertekak….. bila anda terfikirkan ini. Tu tandanya anda dah bersedia utk mengalah…… dengan ketersediaan ini sikit sebanyak dapat melumturkan rasa sakit hati dan mengajak kita menyadari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di bumi allah ini….. =)

8. Senyum…

Kekuatan senyuman amat luar biasa…. Pecaye tak? Senyum terlebih yang diberikan dengan niat yang yang ikhlas, boleh menjadi pencair api kemarahan yang marak..selain itu juga. Dengan senyuma ni ia boleh member kita semangat jauh dari sikap putus asa…. Dengan memberi senyuman kita dah member isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita……

2 comments:

  1. Wah..style. Hadiah yang selama ni kita jumpa tapi tak perasan pun. Kan3..

    Terbaru di SuaraSendiri
    Utama : Wikileaks - Laporan Ananda untuk PDRM

    ReplyDelete
  2. bukan tak perasan.... cme maleh amik tau je..... huhuhu..... pas ni kne blajar2..... ;)

    ReplyDelete