Benarkah..?
apabila seorang
perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu
adalah segalanya di hatinya.
Benarkah..?
apabila seorang
perempuan mengalirkan airmata,
itu bukan berrmakna
dia lemah,
tetapi dia sedang
mencari kekuatan,
untuk terus tabah
mencintai lelaki itu.
Benarkah..?
apabila seorang
perempuan marah,
memang dia tidak
mampu untuk mengawal perasaannya,
tapi
percayalah,itulah maknanya,
dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
lihat saja pada
pasangan yang baru bercinta,mereka jarang bergaduh,
tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin banyak pula
pertelingkahan yang berlaku.
Benarkah..?
apabila perempuan
berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna
dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu
menjadikan anda yang lebih baik,
bukan untuk
dirinya,
tetapi untuk masa
depan anda.
Benarkah..?
apabila perempuan
cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia
tidak sayang,
tetapi dia terlalu
sayangkan anda,
dan masih
menganggap anda anak kecil,
yang masih perlu
kan sepenuh perhatian.
kadang2 dia terlalu
risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi,
dia hanya mahu kan
yang terbaik untuk anda.
Benarkah..?
apabila perempuan
merajuk,
jangan kata dia
mengada-ngada,
dia bukannya mahu
dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan
perhatian,
yang boleh buat
perempuan rasa dihargai
Benarkah..?
apabila perempuan
kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar
maksudkannya,
apabila
berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimata.
Benarkah..?
apabila perempuan
kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya,
kerana dia mahu
menguji kamu,
dia mahu melihat
sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya,
walaupun sebenarnya
memang kamulah yang tebaik di hatinya,
selagi dia dengan
kamu,percayalah,
walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya,
tetapi dihatinya
kamu tetap yang terbaik.
Benarkah..?
apabila perempuan
menjadi degil,
dia bukan bermaksud
untuk menjadi degil,
tapi dia mahu
lihat,
sejauh mana lelaki
itu mampu bersabar dengan kerenahnya,
percayalah,hati
perempuan sangat lembut,
andai kena dengan
caranya,
jangan terkejut
kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan.
Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda, kerana dia didatangkan
bukan dengan kelemahan sahaja, tetapi dia juga ada kekuatan untuk membuatkan
hidup anda lebih sempurna