Semangat-Semangat!!!

Jangan Memperkecilkan Kemampuan mu... Kerana Kekuatan Tidak Tertumpu Pada Fizikal, Tetapi pada akal fikiran mu.. Berapa Ramai Org Yang Sempurna Fizikal Tetapi Sakit Akal Fikirannya...

Tulang Rusuk Yang Patah



"Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?" tanya Dara.
"Sudah pasti kamu !" balas Jejaka.
"Pada pandangan kamu,aku ini siapa?" tanya Dara lagi..

 

Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap dara dengan tenang dan berkata, "Kamu adalah tulang rusukku ! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adamdan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit dihati".


Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukkan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi bosan. Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Suatu hati, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, "Kamu tak cintakan aku lagi!"

Jejaka sangat membenci ketidakwarasan Dara dan secara spontan membalas, "Aku juga menyesal bernikah dengan kamu! Ternyata kamu bukan tulang rusukku!"

Dara terkedu, berdiri kaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tidak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang telah diucapnya. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin dapat ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarlah kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".


Lima tahun berlalu...

Jejaka tidak bernikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah bernikah dengan seseorang, tetapi jodohnya tidak panjang jua. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tidak pernah diberi kesempatan untukkembali. Dara tidakpernah menunggunya..

Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya.Tetapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

"Kamu apa khabar?" tanya Jejaka.

"Baik-baik saja. Hmm, adakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?" tanya Dara spontan.

"Belum.." jawab Jejaka sepatah.

"Aku akan keluar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi," beritahu Dara.

"Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan,tak akan ada yang berubah,"kata Jejaka.

Dara tersenyum, kemudian berlalu.

Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal.

 


Malam itu, sekali lagi..ketika Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasa sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara - tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan...



























No comments:

Post a Comment